MyGovEA menyediakan rangka kerja yang merangkumi 6 komponen utama iaitu Visi, Prinsip, Domain, Tadbir Urus, Metodologi dan Peralatan & Repositori bagi membantu agensi sektor awam membangunkan EA secara konsisten iaitu melalui standard yang sama.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Pengenalan MyGovEA
Sila berhubung dengan Pasukan MyGovEA, bsa_ea@jdn.gov.my
EA adalah suatu pendekatan untuk mendefinisikan sesebuah organisasi merangkumi pelbagai domain (Business, Data, Aplikasi dan Teknologi) yang berbeza dengan menggunakan kaedah yang berstruktur. Hasil pembangunan EA merangkumi arkitektur landskap semasa organisasi, jurang dan peluang serta arkitektur landskap sasaran yang perlu dilaksanakan oleh agensi bagi menangani jurang dan peluang yang telah dikenalpasti. Hasil pembangunan EA adalah berasaskan skop tertentu dan boleh merangkumi keseluruhan organisasi dan hasilnya lebih terperinci.
BSP menjurus kepada perspektif business di organisasi. Manakala, PSP lebih menjurus kepada pembangunan strategi dan operasi ICT di organisasi. Agensi yang telah membangunkan EA, mempunyai kelebihan dalam membangunkan BSP dan PSP kerana hasil EA boleh digunakan untuk pembangunan kedua-dua pelan strategik berkenaan.
SOP ialah suatu dokumen yang mengandungi arahan-arahan spesifik untuk melaksanakan sesuatu tugasan. SOP akan memastikan tugasan tersebut dibuat secara tersusun, selamat, menepati piawaian yang ditetapkan dan juga mengikut lunas undang-undang atau ketetapan-ketetapan am lainnya.
Dalam konteks pembangunan EA, proses kerja adalah salah satu perkara yang diambil kira dalam mengenal pasti jurang dan peluang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Maklumat proses kerja yang diperolehi turut dijajarkan dengan keperluan data, aplikasi dan teknologi bagi mencapai visi pembangunan EA yang disasarkan.
EA adalah satu pendekatan berstruktur yang merupakan pemboleh daya bagi pelaksanaan transformasi organisasi.
Pembangunan EA melibatkan proses/langkah-langkah tertentu yang dijelaskan dalam metodologi yang digunakan. Contohnya dalam metodologi MyGovEA, proses/langkah-langkah pembangunan EA adalah berdasarkan lima (5) peringkat iaitu Permulaan, Penilaian, Penakrifan, Pelaksanaan/Pengoperasian dan Pemantauan.
Peringkat Pelaksanaan/Pengoperasian dalam metodologi MyGovEA adalah berkaitan dengan pelaksanaan program/projek/inisiatif yang dikenalpasti dalam Target Architecture dan Roadmap EA. Sekiranya program/projek/inisiatif yang dikenal pasti adalah berkaitan pembangunan sistem, maka peringkat ini akan turut melibatkan pembangunan sistem yang telah ditentukan.
Peringkat Pelaksanaan/Pengoperasian melibatkan pasukan pelaksana (pengurusan projek, pembangun sistem (jika berkaitan) dan subject matter expert). Pengurusan agensi perlu membuat keputusan sama ada Target Architecture dan Roadmap EA yang direkabentuk perlu dilaksanakan secara dalaman (oleh pasukan agensi) atau dengan pihak ketiga (perunding / syarikat luar).
Aspek business merupakan perkara asas bagi pewujudan sesebuah organisasi, justeru pihak business sewajarnya menerajui inisiatif EA.
Untuk mendapatkan buy-in daripada pengurusan atasan, agensi perlu berusaha untuk menyakinkan pengurusan masing-masing bahawa EA merupakan pemangkin transformasi perkhidmatan dalam merealisasikan visi dan misi agensi.
Pembangunan EA adalah berdasarkan skop yang ditentukan. Walaupun skop yang ditentukan itu adalah tidak berkaitan dengan business architecture secara langsung, ianya tidak boleh diabaikan sepenuhnya. Sebaliknya quick review, validasi dan pengesahan perlu dijalankan ke atas domain business architecture supaya pembangunan EA adalah selari dengan perkembangan/keperluan business (perkhidmatan) semasa.
Arkitek Business ialah pakar khusus dalam business (perkhidmatan), proses dan operasi agensi. Beliau juga bertanggungjawab untuk menakrif dan menyelenggara business architecture yang menerangkan bagaimana perkhidmatan dan operasi saling berkait untuk menyokong strategi business.
Arkitek Business terdiri daripada pegawai business tetapi pegawai ICT yang memahami domain business juga layak menjadi Arkitek Business.
Seorang ketua arkitek sewajarnya perlu mahir dalam keempat-empat domain, namun ia bergantung kepada kompleksiti perkhidmatan sesebuah organisasi. Secara dasarnya agensi perlu mempunyai arkitek dalam setiap domain EA. Kebiasaannya, ketua arkitek mahir dalam satu atau dua domain utama dan mempunyai pengetahuan dalam domain-domain yang lain.
Penerapan amalan EA boleh dilaksanakan dengan mengadakan program pengurusan perubahan di peringkat sektor awam yang terajui oleh Jabatan Digital Negara, JDN dan dilaksanakan juga di peringkat Kementerian/Jabatan oleh pasukan EA agensi masing-masing.