MyGovEA adalah rangka kerja untuk membantu agensi kerajaan Malaysia membangunkan Enterprise Architecture (EA) dengan lebih teratur. Ia memastikan perkhidmatan awam lebih cekap, kos efektif, dan memenuhi keperluan rakyat. MyGovEA juga memudahkan perkongsian data antara agensi, mengurangkan duplikasi, dan menggalakkan penggunaan semula teknologi. Dengan gambaran menyeluruh tentang operasi agensi, ia membantu menambah baik perkhidmatan, menyelesaikan masalah, dan menerapkan teknologi baharu dengan lebih mudah.