PORTAL
MALAYSIAN GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE
JABATAN DIGITAL NEGARA

Definisi EA (1)
previous arrow
next arrow
PELAKSANAAN ENTERPRISE ARCHITECTURE SEKTOR AWAM
METODOLOGI MyGovEA

MyGovEA adalah rangka kerja untuk membantu agensi kerajaan Malaysia membangunkan Enterprise Architecture (EA) dengan lebih teratur. Ia memastikan perkhidmatan awam lebih cekap, kos efektif, dan memenuhi keperluan rakyat. MyGovEA juga memudahkan perkongsian data antara agensi, mengurangkan duplikasi, dan menggalakkan penggunaan semula teknologi. Dengan gambaran menyeluruh tentang operasi agensi, ia membantu menambah baik perkhidmatan, menyelesaikan masalah, dan menerapkan teknologi baharu dengan lebih mudah.

Fasa 1: Permulaan
Fasa 1: Permulaan
Peringkat ini melibatkan penentuan skop, pengesahan pihak berkepentingan serta visi dan keperluan seni bina organisasi.
Fasa 2: Penilaian
Fasa 2: Penilaian
Seni bina semasa dinilai untuk mengenal pasti jurang melibatkan Business, Data, Application dan Technology.
Fasa 3: Penakrifan
Fasa 3: Penakrifan
Menentukan sasaran seni bina masa hadapan dan membangunkan pelan migrasi.
Fasa 4: Pelaksanaan
Fasa 4: Pelaksanaan
Memastikan pelaksanaan berjalan lancar melalui tadbir urus dan kaedah pembangunan yang berkesan.
Fasa 5: Pemantauan
Fasa 5: Pemantauan
Fokus kepada pemantauan prestasi, pengurusan perubahan dan penambahbaikan berterusan.

STANDARD DIGITAL

Panduan Reka Bentuk Perkhidmatan Digital Kerajaan ialah rujukan utama bagi agensi kerajaan dalam membangun dan menaik taraf perkhidmatan digital secara seragam dan bersepadu. Ia mengutamakan pengalaman pengguna (Customer Experience) dan merangkumi empat kumpulan sasaran: G2G (Kerajaan-Kerajaan), G2C (Kerajaan-Rakyat), G2B (Kerajaan-Perniagaan), dan G2E (Kerajaan-Pekerja). Panduan ini terdiri daripada tiga komponen utama: Prinsip Reka Bentuk, Reka Bentuk Perkhidmatan, dan Arkitektur Perkhidmatan. Sebagai dokumen yang sentiasa dikemas kini, ia memastikan perkhidmatan digital kerajaan memenuhi keperluan rakyat serta standard yang ditetapkan. Agensi digalakkan untuk merujuk dan memberi maklum balas bagi penambahbaikan dari semasa ke semasa.

SOROTAN AKTIVITI

Bengkel Pembangunan EA JDN Tahun 2025

Bengkel EA Practice Review

Mesyuarat Bahagian Perancangan Perkhidmatan Digital Bilangan 3 2026

PAUTAN PANTAS