PORTAL
MALAYSIA GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE
JABATAN DIGITAL NEGARA

PORTAL
MALAYSIAN GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE
JABATAN DIGITAL NEGARA

Simposium Enterprise Architecture 2026 (28 September 2026)

28 September 2026 – Jabatan Digital Negara (JDN), Kementerian Digital telah menganjurkan Majlis Simposium Enterprise Architecture (EA) Sektor Awam Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bertemakan ‘Sinergi Ekosistem, Memacu Impak Digital’, program ini menghimpunkan kepimpinan kanan kerajaan, Ketua Pegawai Digital (CDO), pengurus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pegawai sektor awam serta wakil industri dan akademia dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik bagi menjayakan agenda transformasi digital sektor awam.

Majlis ini juga telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan turut dihadiri YBhg. Datuk Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital bersama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.

Program ini menghimpunkan kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada kepimpinan kanan kerajaan, Ketua Pegawai Digital (CDO), pengurus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pegawai sektor awam serta wakil industri dan akademia.

Penganjuran simposium ini memperkukuh komitmen seluruh jentera kerajaan untuk bergerak secara bersepadu dalam mempercepat transformasi digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam yang mudah, pantas, selamat, inklusif dan berfokuskan rakyat.