MyGovEA dipandu oleh rangka kerja architectural yang dibangunkan untuk mendefinisikan elemen teras architecture dalam membina dan melaksanakan amalan EA. Rangka kerja MyGovEA bertindak sebagai panduan bagi menerangkan komponen utama MyGovEA. Sesebuah agensi perlu membangun / menggunakan komponen tersebut kerana ia adalah asas kepada permulaan dalam pelaksanaan amalan EA.
Rangka kerja MyGovEA terdiri daripada 6 komponen utama iaitu:
Penerangan ringkas setiap komponen adalah seperti berikut:
Visi adalah suatu penyataan niat yang memacu matlamat utama di sebalik penubuhan inisiatif MyGovEA dalam sektor awam.
Visi MyGovEA adalah:
“MyGovEA akan mewujudkan Enterprise Architecture yang bersepadu
bagi melonjak transformasi penyampaian perkhidmatan”
Prinsip architecture menerangkan satu piawaian architectural asas menyeluruh bagi memandu sektor awam dalam membangunkan aspek business dan teknikal architecture.
Prinsip MyGovEA terdiri daripada 12 prinsip yang dibahagikan kepada lima (5) kategori utama iaitu Prinsip Umum, Business, Data, Aplikasi dan Teknologi.
Domain Architecture mendefinisikan empat (4) bidang architecture iaitu business (perkhidmatan teras), data, aplikasi dan teknologi yang perlu dibangunkan dan disenggara selari dengan pelaksanaan EA oleh sektor awam.
Komponen tadbir urus menerangkan struktur dan operasi model yang dicadangkan bagi menyokong pelaksanaan dan pengoperasian amalan EA.
Tadbir urus bagi pelaksanaan MyGovEA peringkat sektor awam diterajui oleh JDN. Tadbir urus pelaksanaan MyGovEA peringkat agensi ialah di bawah tanggungjawab Pejabat Arkitek EA (Enterprise Architecture Office – EAO) yang perlu diwujudkan oleh setiap agensi sektor awam.
Metodologi menggariskan pendekatan yang berstruktur mengikut peringkat yang perlu diguna pakai oleh sektor awam semasa membangunkan EA.
Metodologi menetapkan lima (5) peringkat pembangunan iaitu peringkat Permulaan, Penilaian, Penakrifan, Pelaksanaan/Pengoperasian dan Pemantauan.
Tools (Peralatan) dan Repositori
Komponen bagi tools (peralatan) dan repositori menerangkan repositori, peralatan permodelan (modelling tools) dan templat yang diguna pakai oleh sektor awam untuk penyimpanan berpusat, dokumentasi dan visualisasi artifak EA yang telah dibangunkan.