Malaysian Government Enterprise Architecture (MyGovEA) menyediakan rangka kerja bagi membantu agensi sektor awam di Malaysia membangunkan Enterprise Architecture (EA). Tujuan utama MyGovEA adalah untuk menyediakan suatu pendekatan umum merangkumi langkah-langkah dan templat bagi memastikan pembangunan EA di sektor awam adalah konsisten. Dengan mewujudkan keupayaan EA dan menerima pakai amalan umum EA, MyGovEA berupaya membantu agensi dalam menyampaikan nilai utama business seperti yang berikut:
Memberikan perkhidmatan yang konsisten, cekap dan pada kadar kos yang efektif serta memenuhi jangkaan rakyat
Meningkatkan keupayaan business dalam sektor awam melalui gabungan keupayaan ICT yang strategik dan holistik
Memberi perkhidmatan berpaksikan rakyat yang seterusnya menggalakkan penglibatan rakyat
Mewujudkan kerjasama yang padu di antara agensi dalam perkongsian data
Menyatukan duplikasi perkhidmatan dan membolehkan penggunaan semula serta perkongsian perkhidmatan merentasi agensi
MyGovEA memberikan cara baru bagi sektor awam menangani cabaran meliputi aspek business dan teknikal. Melalui amalan EA, sesebuah agensi dapat mewujudkan satu bentuk single view dari aspek business semasa dan persekitaran teknikal dalam sesebuah organisasi. Single view ini akan menerangkan hubungan di antara perkhidmatan dalam sebuah agensi, proses penyampaian perkhidmatan, sumber manusia yang bertanggungjawab melaksanakan proses, pengumpulan dan penggunaan semula maklumat serta penggunaan teknologi dan infrastruktur sedia ada untuk menyokong penyampaian perkhidmatan. Single view ini akan membantu agensi dalam pelbagai keperluan operasi seperti:
Mengenal pasti dan mereka bentuk perkhidmatan baru.
Menyatu dan menambah baik perkhidmatan sedia ada.
Menganalisa dan menyelesaikan cabaran/isu operasi dan teknikal semasa.
Mengenal pasti keperluan teknologi baru.
Menganalisa dan menentukan kaedah penerapan teknologi baru.