Enterprise Architecture (EA) pada dasarnya adalah suatu pendekatan untuk mendefinisikan sesebuah organisasi merangkumi pelbagai domain yang berbeza dengan menggunakan kaedah yang berstruktur. Kaedah berstruktur yang didefinisikan oleh EA ini membolehkan organisasi menerangkan aspek seperti berikut:
Misi, objektif dan strategi organisasi.
Proses-proses business bagi mencapai misi dan strategi.
Pihak/entiti yang melaksanakan proses-proses business.
Teknologi yang membantu dan menyokong dalam pelaksanaan proses.
Saling hubungan antara sistem.
EA dipacu terutamanya oleh peningkatan penggunaan teknologi yang berterusan dalam sesebuah organisasi dan seterusnya memberikan kesan yang besar terhadap integrasi dan kerjasama di antara entiti business. EA diguna pakai sebagai satu amalan untuk menentu dan menyelaras keupayaan business dan ICT bagi sesebuah organisasi secara strategik melalui pemahaman, penyelarasan dan perancangan aktiviti. Melalui pemahaman strategi dan pelarasan, sesebuah organisasi boleh memberi tumpuan mereka bentuk penyelesaian terperinci bagi menjelaskan pelaksanaan aplikasi khusus dan teknologi bagi menyokong keperluan business. Melalui pembangunan amalan EA, sesebuah organisasi dapat menilai kekuatan dan batasan landskap business dan teknologi sedia ada.
Definisi
Kepentingan/Nilai EA untuk Sektor Awam
Secara umumnya, objektif pembangunan EA dalam sektor awam adalah seperti berikut :
Mengurangkan pembangunan inisiatif ICT secara silo di agensi sektor awam;
Meningkatkan keupayaan agensi sektor awam dalam perkongsian maklumat;
Meningkatkan keupayaan pengguna luar (contohnya orang awam) untuk mengakses maklumat yang disediakan agensi sektor awam;
Mengenal pasti peluang integrasi perkhidmatan end-to-end ke arah kerajaan yang terhubung (connected government); dan
Meningkatkan perancangan teknologi dan pembangunan dasar yang lebih baik dengan adanya pandangan (view) menyeluruh terhadap penggunaan teknologi di agensi sektor awam.