EA pada dasarnya adalah suatu pendekatan untuk mendefinisikan sesebuah organisasi atau syarikat merangkumi pelbagai domain yang berbeza dengan menggunakan kaedah yang berstruktur. Kaedah berstruktur yang didefinisikan oleh EA ini membolehkan organisasi menerangkan aspek seperti berikut:
EA dipacu oleh peningkatan penggunaan teknologi yang berterusan dalam sebuah organisasi dan seterusnya memberikan kesan yang besar terhadap integrasi dan kerjasama di antara entiti bisnes. EA diguna pakai sebagai satu amalan untuk penentuan strategik dan penyelarasan keupayaan Bisnes dan IT bagi sesebuah organisasi melalui pemahaman, penyelarasan dan perancangan aktiviti. Melalui pemahaman strategi dan pelarasan, sesebuah organisasi boleh memberi tumpuan kepada penyelesaian terperinci untuk menerangkan aplikasi khusus dan pelaksanaan teknologi bagi menyokong keperluan bisnes tertentu. Melalui pembangunan amalan EA, sesebuah organisasi dapat menilai kekuatan dan batasan landskap bisnes dan teknologi yang sedia ada.
“Enterprise Architecture adalah satu rekod tingkah laku yang berlaku dalam organisasi, pemprosesan data, individu, tempat dan keperluan apabila semuanya dijalankan. Secara ringkas, siapa, apa, mengapa, bila, dimana dan bagaimana bisnes yang dijalankan di setiap peringkat bermula daripada matlamat korporat peringkat tinggi kepada kod program peringkat rendah melaksanakan bisnes proses bagi mencapai matlamat tersebut.”
– The Open Group –
Untuk mewujudkan praktis EA dalam sektor awam, objektif yang perlu diambil untuk melakukan inisiatif ini adalah seperti berikut: