PORTAL
MALAYSIAN GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE
JABATAN DIGITAL NEGARA

Domain Aplikasi

Domain Aplikasi menerangkan set Sistem Aplikasi yang digunakan oleh organisasi untuk menyokong operasi dan perkhidmatan organisasi. Semasa pembangunan architecture aplikasi, organisasi dapat menggambarkan bagaimana perisian atau Sistem Aplikasi direka bentuk untuk menyediakan perkhidmatan secara elektronik dan digital. Setiap aplikasi dapat digambarkan dengan menunjukkan keseluruhan perkhidmatan aplikasi dan modul yang dibangunkan untuk melaksanakan proses dan aliran maklumat/data melalui perisian tertentu. Perisian aplikasi dikonfigurasikan untuk menyediakan perkhidmatan merangkumi aspek kedudukan fizikal dan logikal. Antara komponen aplikasi yang perlu diambil kira adalah:

  1. Antara Muka Aplikasi;
  2. Fungsian Aplikasi;
  3. Modul Aplikasi;
  4. Proses Aplikasi melalui business logic;
  5. Integrasi Aplikasi seperti Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (Application Programming Interface [API]) dan Perkhidmatan Web (Web Services); dan
  6. Data digital/elektronik.

Pengkategorian aplikasi disusun mengikut kategori fungsi aplikasi iaitu:

    1. Fungsian Pengurusan Pelanggan; Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang secara umumnya menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada kumpulan sasar pelanggan kerajaan iaitu perkhidmatan kepada komuniti perniagaan (Government to Business – G2B), kepada rakyat (Goverment to Citizen – G2C), di antara agensi kerajaan (Government to Government – G2G) dan kepada penjawat awam (Government to Employee – G2E). Fungsi pengurusan pelanggan dibuat pemadanan (G2C, G2B, G2G dan G2E) dengan perkhidmatan kerajaan yang ditawarkan.
    2. Fungsian Pengautomasian Proses; Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang mengautomasikan fungsi dan proses serta perkhidmatan kerajaan. Pengautomasian turut merangkumi ciri perkhidmatan sepunya (common services characteristic) dan proses sepunya (common processes)  bagi perkhidmatan merentas agensi secara seamless dan End-to-End (E2E).
    3. Fungsian Pengurusan Perkhidmatan;Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang menguruskan sumber kerajaan dan organisasi bagi mengekalkan kesinambungan perkhidmatan Kerajaan. Antaranya melibatkan pengurusan :
      1. – Fungsi organisasi mengurus, menjadualkan dan mengawal Pengurusan Rantaian Pembekalan termasuk urusan kerajaan yang melibatkan sektor pembuatan dan peruncitan serta sektor lain. Contohnya, Sektor Pembuatan melibatkan proses pembuatan, reka bentuk produk sehingga kepada pengilangan, pemasangan siap, pengeoperasian dan penyelenggaraan. Manakala, Sektor Peruncitan yang melibatkan produk daripada pengilang kepada pemborong kepada peruncit kepada pengguna.
        – Fungsi pengurusan dan kawal sedia aset kewangan dan pengurusan hasil kerajaan.
        – Fungsi organisasi berkolaborasi dan berkomunikasi antara Bahagian, Jabatan, Agensi, rakan strategik serta Kerajaan dan organisasi antarabangsa.
        – Fungsi organisasi dalam mengurus aktiviti perancangan, penjadualan dan pengawalseliaan urus niaga kerajaan dan pelanggan sebelum dan selepas perkhidmatan ditawarkan dan diberikan.


    4. Fungsian Pengurusan Aset Digital; Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang menyokong penjanaan, pengurusan dan pengagihan aset digital kerajaan sebagai harta intelek dan aset digital kerajaan yang diterbitkan dalam media elektronik.
    5. Fungsian Pengurusan Analitik Perkhidmatan; Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang digunakan untuk menyokong pengekstrakan, pengagregatan dan penerbitan maklumat serta akses kepada maklumat/data kerajaan untuk memudahkan analisis maklumat dan analitis data  dalam membuat keputusan serta penilaian prestasi perkhidmatan kerajaan.
    6. Fungsian Pengurusan Organisasi; Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang menyokong pengoperasian harian organisasi dalam urusan pentadbiran dan khidmat sokongan.
    7. Fungsian Sokongan dan Komunikasi; Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang menyediakan sokongan tambahan kepada kelancaran perkhidmatan dan urusan pengoperasian harian organisasi merangkumi:
      1. Kawalan keselamatan maklumat organisasi.
      2. Penggunaan pelbagai saluran bagi perkongsian idea, saluran komunikasi, pemakluman dan keterlibatan pekerja dan keterlibatan pelanggan (e-participation).
      3. Penyediaan platform carian, perkongsian dan akses kepada data dan maklumat organisasi oleh pekerja.
      4. Penyediaan platform bagi menghantar data, mesej dan maklumat organisasi dalam pelbagai format dan protokol.
      5. Pengurusan lesen perisian, pengedaran perisian, pengurusan akses secara jarak jauh (remote) serta pengurusan borang-borang elektronik dan lain-lain sokongan tambahan yang melancarkan perkhidmatan organisasi.
Fungisian Pengurusan Pelanggan

Merujuk kepada kategori fungsian Sistem Aplikasi yang secara umumnya menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada kumpulan sasar pelanggan kerajaan iaitu perkhidmatan kepada komuniti perniagaan (Government to Business – G2B), kepada rakyat (Goverment to Citizen – G2C), di antara agensi kerajaan (Government to Government – G2G) dan kepada penjawat awam (Government to Employee – G2E). Fungsi pengurusan pelanggan dibuat pemadanan (G2C, G2B, G2G dan G2E) dengan perkhidmatan kerajaan yang ditawarkan. 

  1. Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM); fungsi CRM lazimnya digunakan untuk merancang, menjadualkan dan mengawal aktiviti antara pelanggan dan organisasi, sebelum dan selepas sesuatu produk atau perkhidmatan ditawarkan. 
  2. Pilihan Pelanggan; fungsi pilihan pelanggan terhadap paparan muka pengguna dan maklumat di papan pemuka aplikasi. 
  3. Perkhidmatan Bantuan Pelanggan; fungsi menyediakan perkhidmatan bantuan kepada pelanggan secara proaktif.
Multi-Level Menu

Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang mengautomasikan fungsi dan proses kerja serta perkhidmatan kerajaan. Pengautomasian turut merangkumi ciri perkhidmatan sepunya (common services characteristic) dan proses sepunya (common processes) bagi perkhidmatan merentas agensi secara seamless dan End-to-End (E2E). 

  1. Penjejakan dan Aliran Kerja; fungsi pemantauan automatik atau pengautomasian dan penghalaan dokumen (routing documents) kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk melaksanakan proses kerja bagi suatu perkhidmatan secara elektronik, dalam talian dan medium digital. 
  2. Penghalaan dan Penjadualan; fungsi arahan automatik dan penugasan atau peruntukan masa/penjadualan untuk tindakan atau tugasan tertentu.
Multi-Level Menu
Kategori Fungsian Aplikasi
Kategori Perkhidmatan Aplikasi
Keterangan

Sila pilih item untuk melihat keterangan.

Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang menguruskan sumber kerajaan dan organisasi bagi mengekalkan kesinambungan perkhidmatan Kerajaan. Antaranya melibatkan pengurusan: 

  • Fungsi organisasi dalam mengurus aktiviti perancangan, penjadualan dan pengawalseliaan urus niaga kerajaan dan pelanggan sebelum dan selepas perkhidmatan ditawarkan dan diberikan. 
  • Fungsi organisasi berkolaborasi dan berkomunikasi antara Bahagian, Jabatan, Agensi, rakan strategik serta Kerajaan dan organisasi antarabangsa. 
  • Fungsi pengurusan dan kawal selia aset kewangan dan pengurusan hasil Kerajaan. 
  • Fungsi organisasi mengurus, menjadualkan dan mengawal Pengurusan Rantaian Pembekalan termasuk urusan kerajaan yang melibatkan sektor pembuatan dan peruncitan serta sektor lain. Contohnya, Sektor Pembuatan melibatkan proses pembuatan, reka bentuk produk sehingga kepada pengilangan, pemasangan siap, pengoperasian dan penyelenggaraan. Manakala, Sektor Peruncitan yang melibatkan produk daripada pengilang kepada pemborong kepada peruncit kepada pengguna. 
  1. Pengurusan Proses; fungsi arahan automatik dan penugasan atau peruntukan masa/penjadualan untuk tindakan atau tugasan tertentu. 
  2. Pengurusan Organisasi; fungsi menyokong kerjasama, kolaborasi dan komunikasi dalam sesebuah organisasi. 
  3. Pengurusan Pelaburan; fungsi menguruskan aset kewangan, pelaburan dan hasil kerajaan. 
  4. Pengurusan Rantaian Bekalan; fungsi mengurus, menjadualkan dan mengawal Pengurusan Rantaian Pembekalan termasuk urusan kerajaan yang melibatkan sektor pembuatan dan peruncitan serta sektor lain. Antaranya melibatkan proses pembuatan, reka bentuk produk sehingga kepada pengilangan, pemasangan siap, pengoperasian dan penyelenggaraan. Bagi Peruncitan melibatkan produk daripada pengilang kepada pemborong kepada peruncit kepada pengguna.
Multi-Level Menu

Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang menyokong penjanaan, pengurusan dan pengagihan aset digital kerajaan sebagai harta intelek dan aset digital kerajaan yang diterbitkan dalam media elektronik. 

  1. Pengurusan Kandungan; fungsi menguruskan penyimpanan, penyelenggaraan dan carian (information retrieval) kandungan dan maklumat dalam sistem maklumat atau laman web. 
  2. Pengurusan Dokumen; fungsi mengawal penawanan dan penyelenggaraan dokumen dan fail organisasi secara elektronik atau digital. 
  3. Pengurusan Pengetahuan; fungsi mengenal pasti, mengumpul dan menyelenggara pengetahuan yang terdapat dalam dokumen, laporan dan sumber lain kepada maklumat yang bermakna dan ditawan secara elektronik atau digital. 
  4. Pengurusan Rekod; fungsi digunakan untuk menyimpan, melindungi, mengarkib, mengelas dan melupuskan dokumen, maklumat dan data.
Multi-Level Menu
Kategori Fungsian Aplikasi
Kategori Perkhidmatan Aplikasi
Keterangan

Sila pilih item untuk melihat keterangan.

Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang digunakan untuk menyokong pengekstrakan, pengagregatan dan penerbitan maklumat serta akses kepada maklumat/data kerajaan untuk memudahkan analisis maklumat dan analitis data dalam membuat keputusan serta penilaian prestasi perkhidmatan kerajaan. 

  1. Analisis dan Statistik; fungsi analisis untuk mengkaji isu perkhidmatan, masalah masyarakat dan penyelesaiannya serta menggambarkan dalam bentuk statistik dan analitik. 
  2. Visualisasi; fungsi menggambarkan maklumat dan data yang menggunakan bentuk, lokasi, pelbagai warna dan kecerahan, serta pergerakan dalam menerangkan sesuatu perhubungan maklumat atau data dengan menukar data ke dalam bentuk grafik atau gambar. 
  3. Penzahiran Pengetahuan; fungsi penzahiran pengetahuan yang terdapat dalam maklumat dan data. 
  4. Kecerdasan Perniagaan; fungsi aplikasi yang direka bentuk untuk melaporkan, menganalisis dan menyampaikan data organisasi atau perkhidmatan yang telah disimpan dalam gudang data. Contohnya seperti perlombongan data dan pengurusan prestasi perniagaan, menyediakan maklumat yang berkaitan dengan sejarah, status semasa atau unjuran masa depan sesebuah organisasi atau perkhidmatan. 
  5. Laporan; fungsi menyusun dan mengolah data menjadi maklumat yang bermakna dan bernilai.
Multi-Level Menu
Kategori Fungsian Aplikasi
Kategori Perkhidmatan Aplikasi
Keterangan

Sila pilih item untuk melihat keterangan.

Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang menyokong pengoperasian harian organisasi dalam urusan pentadbiran dan khidmat sokongan. 

  1. Pengurusan Data; fungsi pengurusan data melibatkan proses mengumpul, menyimpan, mengkategori, mengelas dan menggunakan data dengan cara yang kos efektif, selamat dan cekap serta data digunakan dengan lebih bermakna atau bernilai. 
  2. Sumber Manusia; fungsi pengurusan sumber manusia melibatkan urusan pengambilan dan perkhidmatan penjawat awam. 
  3. Pengurusan Kewangan; fungsi pengurusan kewangan meliputi amalan dan prosedur perakaunan dalam pengendalian hasil, bayaran, pembiayaan dan perbelanjaan. 
  4. Pengurusan Aset dan Bekalan; fungsi pengurusan aset dan bekalan melibatkan perolehan, penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira serta penjejakan aset dan bekalan serta pengurusan stor kerajaan. 
  5. Pengurusan Organisasi dan Modal Insan; fungsi mengurus keupayaan organisasi dan keperluan sumber tenaga kerja organisasi termasuk perancangan dan penyeliaan pekerja dan modal insan.
Multi-Level Menu
Keterangan

Sila pilih item untuk maklumat lanjut.

Merujuk kepada kategori fungsian aplikasi yang menyediakan sokongan tambahan kepada kelancaran pengurusan perkhidmatan dan urusan pengoperasian harian organisasi merangkumi: 

  • Kawalan keselamatan maklumat organisasi. 
  • Penggunaan pelbagai saluran bagi perkongsian idea, saluran komunikasi, pemakluman dan keterlibatan pekerja dan keterlibatan pelanggan (e-participation). 
  • Penyediaan platform carian, perkongsian dan akses kepada data dan maklumat organisasi oleh pekerja. 
  • Penyediaan platform bagi menghantar data, mesej dan maklumat organisasi dalam pelbagai format dan protokol. 
  • Pengurusan lesen perisian, pengedaran perisian, pengurusan akses secara jarak jauh (remote) serta pengurusan borang-borang elektronik dan lain-lain sokongan tambahan yang melancarkan perkhidmatan organisasi. 
  1. Keselamatan Maklumat; fungsi melindungi aset maklumat sesebuah organisasi bagi maklumat yang disimpan, diproses atau disediakan supaya dilindungi dari ancaman dan penyalahgunaan. Contohnya pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) berdasarkan standard ISO/IEC 27001:2013. 
  2. Platform Kolaborasi; fungsi penyediaan platform bagi menghantar data, mesej dan maklumat organisasi dalam pelbagai format dan protokol bagi membolehkan komunikasi serentak (simultaneous) dan perkongsian kandungan, jadual, mesej dan idea dalam organisasi. 
  3. Carian; fungsi penyediaan platform carian, perkongsian dan akses kepada data dan maklumat organisasi daripada pelbagai sumber data dan maklumat. 
  4. Komunikasi; fungsi yang menyediakan pelbagai saluran bagi saluran komunikasi, perkongsian idea, pemakluman dan keterlibatan pekerja dan keterlibatan pelanggan (e-participation). 
  5. Pengurusan Sistem Komputer; fungsi pengurusan lesen perisian, pengedaran perisian, pengurusan akses secara jarak jauh (remote) serta lain-lain sokongan tambahan yang melancarkan perkhidmatan organisasi. 
  6. Pengurusan Borang Elektronik; fungsi pengurusan borang-borang elektronik dan lain-lain sokongan tambahan yang melancarkan perkhidmatan organisasi.
Multi-Level Menu