Model Rujukan MyGovEA Sektor Awam adalah rujukan untuk amalan terbaik dalam menerimapakai dan melaksanakan MyGovEA kearah penyampaian perkhidmatan G2C, G2G, G2B yang tersusun, bersepadu, konsisten dan kos efektif. Model rujukan ini melibatkan empat (4) model rujukan iaitu seperti berikut:
I. Business Reference Model (BRM)
Membekalkan rangka kerja bagi menggambarkan hubungan kefungsian kerajaan dari awal hingga akhir berdasarkan Kategori Perkhidmatan Kerajaan Malaysia, tanpa perlu mengetahui kementerian/agensi yang melaksanakan kefungsian berkenaan.
II. Data Reference Model (DRM)
Membekalkan rangka kerja bagi membolehkan perkongsian dan penggunaan semula data merentas agensi dengan cara mengumpulkan data berdasarkan Kategori Data, tanpa perlu mengetahui kementerian/agensi yang menghasilkan data berkenaan.
III. Application Reference Model (ARM)
Membekalkan rangka kerja fungsian yang mengkategorikan aplikasi berdasarkan kegunaannya dalam menyokong objektif perkhidmatan. Membenarkan kemungkinan beberapa aplikasi disatukan berikutan perkhidmatan aplikasi yang diberikan adalah sama.
IV. Technology Reference Model (TRM)
Membekalkan rangka kerja teknikal yang mengkategorikan standard dan teknologi untuk menyokong keupayaan dan perkhidmatan teknologi.