Metodologi MyGovEA menerangkan satu komponen penting dalam rangka kerja yang memberi tumpuan dalam menyediakan satu panduan menyeluruh yang perlu dijadikan rujukan oleh setiap agensi dalam memulakan pembinaan amalan EA. Metodologi ini terdiri daripada lima (5) peringkat pembangunan setiap peringkat terdiri daripada objektif dan hasil yang ditetapkan dan disokong oleh templat dan peralatan untuk membantu agensi tersebut mencapai sasaran di setiap peringkat.