PORTAL
MALAYSIAN GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE
JABATAN DIGITAL NEGARA

Domain Architecture

Domain Architecture Business menggambarkan landskap keseluruhan operasi organisasi dari segi struktur dan interaksi antara unsur-unsur yang menyokong operasi. Landskap keseluruhan business sesebuah organisasi merangkumi:

  1. Struktur organisasi.
  2. Interaksi antara strategi business, matlamat, fungsi, proses dan keperluan maklumat organisasi.

Domain Architecture Data menerangkan bagaimana data disimpan, disusun, diintegrasi, dicapai dan digunakan oleh aplikasi untuk menyokong operasi organisasi. Melalui architecture data, perkhidmatan organisasi (contohnya pendaftaran lesen) boleh digambarkan perkaitannya dengan maklumat lain (misalnya data mengenai individu yang memohon lesen) dan bagaimana data perkhidmatan organisasi tersebut disimpan (sama ada dalam pangkalan data atau dokumen).

Domain Architecture Aplikasi menerangkan sistem atau aplikasi yang digunakan oleh organisasi untuk menyokong operasi business. Melalui architecture aplikasi, pelaksanaan aplikasi dapat digambarkan oleh organisasi seperti automasi sistem perisian/aplikasi.

Domain Architecture Teknologi menerangkan infrastruktur teknikal yang digunakan untuk hosting aplikasi dan data bagi menyokong proses business organisasi. Architecture teknologi menggambarkan dengan terperinci pelaksanaan perkhidmatan teknologi seperti penyimpanan, pelayan, firewall dan suis serta keperluan bukan-fungsi seperti scalability atau prestasi.