Tujuan utama Domain Data disediakan adalah bagi membolehkan perkongsian dan penggunaan semula maklumat merentas agensi melalui penjelasan data umum yang standard serta menggalakkan amalan pengurusan data yang seragam. Domain ini menerangkan artifak yang boleh dihasilkan daripada seni bina data kementerian dan agensi Sektor Awam. Pendekatan yang fleksibel dan berasaskan standard digunakan bagi mencapai tujuan tersebut. Skop Domain Data adalah luas dan boleh diguna pakai dalam sesebuah agensi, melalui Community of Interest (COI)—iaitu kumpulan pengguna yang bekerjasama dan saling bertukar maklumat kosa kata bagi mencapai matlamat, kepentingan dan objektif perniagaan yang sama/atau merentas beberapa COI.
Domain Data memberi tumpuan kepada pengkategorian data berdasarkan setiap Business Service Category yang ditakrifkan dalam Business Reference Model. Pengkategorian data ini kemudiannya dihuraikan dengan lebih terperinci berdasarkan standard yang berkaitan. Semasa pelaksanaan, setiap data yang dikenal pasti akan dipetakan kepada Data Sub-Category yang sepadan seperti yang dinyatakan dalam Data Reference Model. Jenis data, struktur, kebolehkongsian dan taksonomi turut direkodkan sebagai Data Subject Properties.
Domain Data dibahagikan kepada lima (5) kategori utama seperti berikut:
1. Data Sektor Sosioekonomi – Merujuk kepada data yang diperlukan oleh Kerajaan, tanpa mengira kementerian atau agensi yang melaksanakan perkhidmatan berkenaan, bagi menyampaikan perkhidmatan secara cekap kepada, dan bagi pihak entiti perniagaan, termasuk syarikat tempatan dan asing.
2. Data Sektor Sosial – Merujuk kepada data yang diperlukan oleh Kerajaan, tanpa mengira kementerian atau agensi yang melaksanakan perkhidmatan berkenaan, bagi menyampaikan perkhidmatan secara cekap kepada, dan bagi pihak rakyat.
3. Data Sektor Keselamatan – Merujuk kepada data yang diperlukan oleh Kerajaan, tanpa mengira kementerian atau agensi yang melaksanakan perkhidmatan berkenaan, bagi memastikan negara selamat didiami dan kedaulatan negara terus terpelihara.
4. Data Perkhidmatan Sokongan Kerajaan – Merujuk kepada data yang diperlukan oleh Kerajaan, tanpa mengira kementerian atau agensi yang melaksanakan perkhidmatan berkenaan, bagi menyediakan asas perundangan, dasar, program dan pengurusan pentadbiran untuk menyokong operasi Kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan kepada individu, entiti perniagaan dan organisasi.
5. Data Pengurusan Sumber Kerajaan – Merujuk kepada data yang diperlukan oleh Kerajaan, tanpa mengira kementerian atau agensi yang melaksanakan perkhidmatan berkenaan, bagi membolehkan Kerajaan beroperasi dengan berkesan dan cekap.
Bidang ini memberi tumpuan kepada data yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan secara cekap kepada entiti perniagaan. Bidang ini merangkumi ekosistem perkhidmatan Ekonomi dan Infrastruktur.
A. Registri Utama
B. Repositori Utama
Bidang ini merangkumi data bagi perkhidmatan berteraskan rakyat, yang dibahagikan kepada Sosial 1 (Masyarakat) dan Sosial 2 (Bakat) untuk mengurus kitar hayat rakyat serta pembangunan kemahiran.
Sosial 1 (Masyarakat)
A. Registri Utama
B. Repositori Utama
Sosial 2 (Bakat)
A. Registri Utama
B. Repositori Utama
Bidang ini memberi tumpuan kepada usaha memastikan keselamatan negara, kedaulatan dan ketenteraman awam.
A.Registri Utama
B. Repositori Utama
Data ini menyediakan asas pengurusan dan dasar bagi operasi Kerajaan, terutamanya dalam sektor Pentadbiran Awam.
A. Registri Utama
B. Repositori Utama
Data dalaman yang membolehkan Kerajaan beroperasi dengan berkesan melalui pengurusan personel dan aset.
A. Registri Utama
B. Repositori Utama