Bengkel Pembangunan Enterprise Architecture Peringkat Negeri dan PBT di Pulau Pinang(14 - 16 Julai 2026)
13– 16 Julai 2026 – Bengkel Pembangunan Enterprise Architecture (EA) Peringkat Negeri & Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026 di Vouk Hotel Suites, Pulau Pinang. Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) ini bertujuan melaksanakan pembangunan Enterprise Architecture (EA) bagi negeri-negeri dan PBT yang belum membangunkan EA.
Sepanjang bengkel, para peserta telah mengikuti sesi taklimat, perbincangan serta latihan secara hands-on berasaskan metodologi Enterprise Architecture bagi membangunkan artifak EA agensi masing-masing. Program ini turut menjadi platform perkongsian pengetahuan, penyelarasan pendekatan serta pengukuhan kerjasama antara Jabatan Digital Negara, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam memperkukuh pelaksanaan transformasi digital sektor awam.