Domain Teknologi ialah kerangka kerja teknikal berasaskan komponen yang mengkategorikan standard dan teknologi bagi menyokong serta membolehkan penyampaian Application Components dan keupayaannya (Application Services). Domain ini turut menyelaraskan standard agensi-spesifik sedia ada kepada standard yang sama, sekali gus menyediakan asas untuk memperluas penggunaan semula (re-use) dan penyeragaman teknologi serta Service Components pada perspektif seluruh Kerajaan (government-wide).
Penyelarasan pelaburan agensi terhadap teknologi sama yang standard, memudahkan kerjasama dan saling kendali antara agensi. Agensi sektor awam secara keseluruhan dapat memperoleh manfaat ekonomi melalui pengenalpastian dan penggunaan semula penyelesaian teknologi yang bersesuaian untuk menyokong fungsi perkhidmatan, misi dan seni bina sasaran.
Dokumen ini disusun secara hierarki untuk mengkategorikan standard dan teknologi bagi menyokong penyampaian dan pembangunan Service Components perkhidmatan dan aplikasi secara selamat. Komponen ini boleh digunakan dalam seni bina berasaskan komponen atau berorientasikan perkhidmatan (Component-Based Architecture, CBA atau Service-Oriented Architecture, SOA). Peringkat-peringkat yang terlibat adalah seperti berikut:
Service Access & Delivery Techonology merujuk kepada saluran teknologi yang boleh digunakan untuk mengakses dan melaksanakan komponen serta perkhidmatan aplikasi, termasuk keperluan perundangan yang mengawal penggunaan dan interaksinya.
Sila pilih item untuk maklumat lanjut.
Service Platform & Infrastructure Technology merujuk kepada platform, perkakasan dan standard infrastruktur yang membolehkan replikasi, perkongsian dan penggunaan semula teknologi.
Sila pilih item untuk maklumat lanjut.
Component Framework Technology merujuk kepada asas dan elemen teknikal yang digunakan untuk membangunkan, mengintegrasikan dan melaksanakan aplikasi merentas seni bina berasaskan komponen dan seni bina teragih.
Sila pilih item untuk maklumat lanjut.
Service Interface & Integration Technology merujuk kepada teknologi penemuan, interaksi dan komunikasi yang menghubungkan sistem serta penyedia maklumat yang berbeza bagi membolehkan saling kendali dan kebolehskalaan.
Sila pilih item untuk maklumat lanjut.